Komik Blues Untuk Aku
Merindui Kartun BLuEs UnTuK aKu. Lama sudah tidak meluangkan masa kat laman ni.Dengan tugasan harian yg begitu mengisi ruang2 waktu membuatkan aku tak sempat utk mencuri masa melayan blues di laman ni. Rejab sudah dtg menjengukkan diri.Syaaban juga bakal kunjung tiba diikuti dgn Ramadhan. I'Allah andai di panjangkan umur bertemu lah ia. Bila di ingat kembali rasa cpt benar bulan mengambil tempat masing2. Rasa hidup yg di lalui makin menginjak ke tahun yg makin memakan usia.
Mungkin makin mendewasakan aku seusia begini. Gta Vice City Back To The Future Save Game. 2009 pun telah masuk ke separuh masa kedua.separuh masa pertama telah lengkap dibukukan. Sama ada bukunya tebal dgn kenangan nan indah atau sebaliknya.
Biar apa pun yg termuat dlm coretan buku itu ianya telah melengkapkan perjalanan hidup kita. Namun masih bersisa 2009.mungkin kan termuat dlm coretan episod separuh masa kedua ini dgn pelbagai impian yg tidak disangka-sangka.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Keajaiban yg berlaku atas kehendak Nya yg menginginkan hambanya terus bersyukur atas nikmat yg diberikan. Berdoa dan terus berdoa adalah senjata utk terus menguatkan keyakinan diri.
Kekuatan hati yg sering kali dicabar oleh keadaan sekeliling. Namun hati tetap tabah dalam menghadapi semuanya. Andai ini titik noktah atau ini garis permulaan kan ku sambut ianya sebagai sebuah keramat mendewasaan diri yg kian mengenali kehidupan antara nafas yg masih bernafas. Ku bawa sebuah impian agar ia menjadi harapan atau menjadi mimpi yg jadi nyata. Ku khabarkan pada hati agar seteguh batu di lautan.biar pun ombaknya menghempas pantai. Update Marvell 6111 Driver on this page.
Ku perdengarkan siulan burung agar ku tahu masih ada yg mampu menceriakan liku2 hidup ini. Tetapi andai mutiara berkaca jatuh menyembah bumi, bukan satu kesalahan tp satu ketenangan dan juga keinsafan. '.Kasih sayang bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sendu sedan tapi kasih sayang menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri penghidupan.' Kartun Blues Untuk Aku ni pernah menjadi koleksi aku suatu ketika dulu.
Kartun bersiri Blues Untuk Aku adalah sebuah karya kartunis Aie yang sebelum itu popular dengan siri kartun (1994-1995). Siri Blues Untuk Aku mula disiarkan dalam (generasi baru) keluaran ke-75 pada 1 Ogos 1997. Penggunaan perkataan Blues pada tajuk siri kartun itu mengingatkan pembaca kepada novel bersiri Aku Hidup Dalam Blues yang ditulis oleh Toyon dan dilukis oleh Aie dalam keluaran awal Majalah Ujang pada 1994. Siri Blues Untuk Aku merupakan satu percubaan berani Aie untuk lari daripada gaya persembahan kartun bersiri yang telah biasa dilihat sebelum itu. Siri Blues Untuk Aku menggabungkan karya penulisan dan lukisan yang dipersembahkan secara tidak konvensional. Contohnya ada bahagian tertentu yang mempunyai banyak tulisan dengan hanya berlatarkan sebuah lukisan yang tidak berdialog. Pada bahagian lain pula misalnya, tersusun beberapa panel (bingkai atau kotak) lukisan yang menggambarkan kronologi pergerakan sesuatu watak atau objek.
Apr 10, 2011 Mix - BLUES untuk AKU YouTube; Penulis komik 'Aku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia - Duration.
Kadang-kadang pula lukisannya tidak berdialog langsung, hanya bercerita melalui imej. Begitu juga dengan kedudukan dan saiz panel lukisan yang dibuat secara tidak tetap dan akan berubah-ubah pada setiap muka surat, tetapi ia masih lagi kelihatan tersusun dan kemas. Teknik lukisan Aie dan variasi persembahan sebegitu di sepanjang siri Blues Untuk Aku menjadikannya begitu menarik dan tidak jemu untuk diikuti. Buku Koleksi Blues Untuk Aku Jilid 1 telah diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd pada penghujung 1999. Buku Jilid 1 itu hanya mengandungi siri pertama hingga siri ke-12, dan ia dimulakan dengan tulisan prolog atau mukadimah (yang tiada dalam versi Majalah Ujang) yang menjelaskan lagi mengenai asas cerita itu serta memperkenalkan pembaca kepada watak utamanya iaitu Ishak (Sahak). Dalam ruangan prakata, kartunis Aie menceritakan mengenai kesukarannya untuk meyakinkan pihak penerbit supaya menerima karya Blues Untuk Aku yang bukan hanya tidak bergenre komedi, tetapi gaya persembahannya juga mungkin tidak digemari oleh pembaca yang telah biasa dengan gaya lama. Torrent Bikini Body Guide 2.0.
Aie juga menyatakan bahawa beliau telah mengilhamkan karya itu sejak 1991 lagi. Dari segi pemasaran, buku Jilid 1 itu dipakejkan sekali dengan sebuah album (kaset) yang juga berjudul Blues Untuk Aku, dan ia dijual dengan harga RM13.90. Lagu tema berjudul Blues Untuk Aku merupakan ciptaan MOY dan liriknya ditulis oleh Aie sendiri. Dalam tahun 2000, Majalah Ujang melaporkan bahawa pakej buku Jilid 1 berserta kaset itu berjaya terjual sebanyak 60,000 unit.